SEPANG: Tindakan agresif pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman pada aksi perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) 2023, memakan diri sendiri apabila terlibat kemalangan sekali gus menamatkan saingan di tempat tercorot, di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.
Menceritakan detik kemalangan yang dialami ketika berbaki tiga pusingan, pelumba berusia 22 tahun yang lebih dikenali sebagai Damok di bawah kendalian pasukan MT Helmets-MSi berkata beliau ketika itu, sedang berusaha merapatkan jurang bersama pelumba di hadapan, kerana yakin mampu membutirkan mata.
"Saya memintas satu pelumba dan cuba untuk mengejar pelumba hadapan dan mungkin telah melebihi limit, jadi saya cuba untuk kejar dari selekoh dan saya hilang kawalan, mungkin kerana terlalu agresif.
"....sewaktu di pusingan ke-10, saya melihat berada di kedudukan (untuk kejar mata) jadi yakin boleh menamatkan saingan di kedudukan ke-13, namun bukan rezeki saya minggu ini," katanya yang menamatkan saingan di kedudukan ke-20 dengan 34 minit 25.180 saat.
Damok bagaimanapun kekal optimis masih mampu memberi saingan, apabila semakin menemui rentak untuk mengendali jentera KTM dengan berbaki dua lagi perlumbaan Grand Prix di Litar Antarabangsa Lusail, Qatar (17-19 Nov) dan Litar Ricardo Tormo, Valencia, Sepanyol (24-26 Nov).
"Saya harap pasukan kekalkan jentera yang sama untuk perlumbaan seterusnya, jadi saya lebih yakin ...berbaki dua pusingan ini, saya harap saya dapat menunjukkan sesuatu dan kutip mata," katanya.
Sementara itu, Collin Veijer dari Liqui Moly Husqvarna Intact GP merangkul kejuaraan Moto3 selepas mencatat masa 33:30.072s sementara rakan sepasukannya Ayumu Sasaki dari Jepun, menduduki tempat kedua dengan 33:30.138s, diikuti Jaume Masia dari Leopard Racing berada di tempat ketiga dengan 33:30.400s.
Sementara itu, pelumba wildcard Moto2 negara Helmi Azman daripada kumpulan Petronas MIE Racing RW, bersyukur apabila beliau berjaya menamatkan perlumbaan di tangga ke-23, setelah merekodkan 37:14.318s dengan selamat di hadapan peminat tempatan.
"Ini salah satu perlumbaan terbesar dalam hidup saya, jadi bersyukur sebab dapat habiskan perlumbaan di hadapan penonton yang sangat ramai. Sebelum ini saya berlumba tidak begitu ramai, di tahap sekarang memang tahap perlumbaan yang tinggi," katanya.
Seorang lagi wakil negara yang turut mendapat tiket wildcard, Azroy Hakeem Anuar mengakui kecewa selepas gagal menamatkan perlumbaan setelah terjatuh dua kali, ketika dalam litar SIC.
"Hari ini tak rasa positif langsung sebab pusingan pertama jatuh tapi tiada lakukan kesilapan, tahu-tahu saya jatuh dan sekali lagi terjatuh jadi saya tidak tahu sebab apa. Bila tanya dekat pasukan mereka kata mungkin kerana tayar," katanya.
Pelumba Beta Tools SpeedUp Fermin Aldeguer muncul juara di Sepang bagi kelas Moto2, selepas mencatatkan masa 36:04.378s diikuti Pedro Acosta dari Red Bull KTM Ajo di tempat kedua (36:11.506s) dan pelumba OnlyFans American Racing, Marcos Ramirez di kedudukan ketiga (36:13.936s).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 12 2023
Pelumba negara, Syarifuddin Azman yang mewakili pasukan MT Helmets MSI beraksi pada Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang hari ini. - Foto Bernama
Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke suku akhir
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menepati ramalan apabila menempah slot suku akhir Terbuka Thailand 2024.
Siapkan segera trek BMX Bukit Siol - Abdul Karim
Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah meminta kontraktor bagi projek trek BMX Bukit SIol untuk segera menyiaokannya bagi memudahkan atlet Sarawak berlatih bagi menghadapi SUKMA 2024.
KPM sambut baik Sarawak rangka ujian ganti UPSR
KPM sambut baik hasrat kerajaan negeri Sarawak yang bercadang merangka sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid Tahun Enam di semua sekolah di negeri itu.
Kastam Sarawak rampas rokok, minuman keras RM2.41 juta di Bintulu
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas minuman keras yang disyaki tidak berkastam dianggarkan bernilai RM2,414,784.30 termasuk duti dan cukai di Bintulu pada Jumaat lalu.
Jangan percaya orang tak dikenali - Flovia Ng
Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah memberi peringatan kepada remaja khususnya kanak-kanak bawah umur agar tidak percaya kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali. Ia susulan tiga remaja di Ranau, bertindak tidak balik ke rumah kerana mahu ke Sandakan untuk mencari kerja bagi membeli telefon pintar.
Sektor Pontianak-Kuching perlu dihidupkan kembali
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah
Enam lagi lebuh raya setuju laksana pembayaran tol terbuka
Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Penumpang keluar masuk di LTAK melebihi kapasiti
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyambut baik hasrat Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg agar sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu didirikan di wilayah itu
Kami janji bawa balik Piala FA ke Old Trafford - Erik ten Hag
Manchester United akan beri segalanya di Final Piala FA menentang Manchester City pada 25 Mei ini.
Isu kenaikan gaji penjawat awam antara dibincang
Isu kenaikan gaji penjawat awam seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi antara perkara dibincangkan dalam pertemuan antara Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji dan Presiden Cuepacs, Datuk Adnan.
Moto GP 2024 di Argentina dibatalkan akibat krisis ekonomi
Moto GP Argentina 2024 terpaksa dibatalkan berikutan krisis ekonomi yang melanda negara itu.
Tindakan agresif Damok 'makan diri' di Sepang
Tindakan agresif pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman pada aksi perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2023, memakan diri sendiri.
TPM Ahmad Zahid saksi perlumbaan GP Motosikal Malaysia 2023
Timbalan Perdana Menteri meluangkan masa menyaksikan perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.
Serba tidak menjadi buat Damok di Sepang
Segala-galanya ibarat tidak menjadi buat pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman apabila beliau terus menampilkan aksi hambar dalam Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) 2023 di Litar Antarabangsa Sepang.
Hafizh Syahrin umum perkembangan baharu bersama JDT Racing Team minggu depan
Hafizh Syahrin Abdullah, bakal mengumumkan perkembangan baharunya bersama pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Racing Team, minggu depan.
Bagnaia congak peluang pertahan status pendahulu
Pelumba kelahiran Itali berusia 26 tahun itu berharap perlumbaan berlangsung di litar kering dengan keadaan cuaca panas.
MotoGP: Penjualan tiket capai 85 peratus!
Persediaan lebih awal yang dilakukan, disokong sambutan hangat peminat, menyaksikan edisi kali ini lebih meriah berbanding sebelumnya.
Rapid KL sedia bas khas pada 10-12 Nov sempena MotoGP
Perkhidmatan bas khas itu disediakan di tiga lokasi iaitu Pasar Seni, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan hab bas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.
SIC perkenal tiket Rahmah RM49.90 saksikan GP Malaysia 2023
Sebanyak 7,000 tiket di K2 Hillstand mula dijual semalam kepada semua rakyat Malaysia secara dalam talian dan kaunter jualan tiket.
MotoGP: Rins hadirkan kemenangan pertama buat LCR Honda
Alex Rins muncul dengan kemenangan yang memecah kemarau untuk LCR Honda.